bismillah.
Dah hampir sebulan dah mengidamkan kek red velvet. Taktahu macamana nak cakap, terlalu teringin. Ok so now I know how mengidam feels like. Ahaha. Cari-cari sekitar kedai kek di Melaka, tak jumpa pun. Secret Recipe pun takde. Sigh. Nak bake sendiri.. errrr. Ada keragu-raguan yang mendalam di situ. So, since tak jumpa-jumpa kek yang diinginkan, I ended up eating some other types of cake.. 2 slices of them. The following week, I ate another 2 slices of cake. Isk isk. To be frank I am not that into cake. Tiba-tiba je. -__-’
Last weekend I went to my makteh‘s house in Gombak. I informed my darling cousin of my intense craving for red velvet cake. Then she said it’s available somewhere around Melawati area. So we wandered around the area to find the bakery shop selling red velvet cake. Alhamdulillah we found the cake. Quite expensive for a small slice of cake. Huhu. Kalau saja-saja nak makan memang takk laa. Huh.
Just a small piece of the cake with its cheesy frost melted in my mouth; and I was on cloud nine! Alhamdulillahhhh… *Muka bersinar-sinar* Kemudian semua orang rasa, (I didn’t eat it alone, of course
) makteh, cousins, semua rasa. Their responses were, “Biasa je, takdela sedap mana pun?” “Tak suka sangat cheese dia..”
And I was like.. ‘Whattt? This is what I’ve been searching for so long.. Sedaplaaaa. Huhuk’
Tapi my respond to makteh was, “Oh biasa je eh… Hmm, entahlah sekali-sekala teringin okaylah kot” huhuh.
The best part of this overall red-velvet craving experience, Allah ilhamkan perkaitan tentang halawatul iman – kemanisan iman. Subhanallah!
Ada tiga ciri-ciri orang yang merasakan kemanisan iman,
Teringat seorang ukhti pernah berkongsi masa daurah yang lalu, kalau nak dapat kemanisan iman ni, dia datang secara pakej kombo; tidak salah satunya sahaja, atau salah duanya sahaja. Ketiga-tiganya mesti hadir dalam hati seseorang mukmin tu untuk merasakan manisnya iman, dan kronologi prioritinya adalah secara menaik.
Antara contoh sahabat yang boleh diambil ialah Mus’ab bin Umair. Kehidupan Mus’ab sebelum keIslamannya sangat mewah, dahlah handsome dan menjadi kegilaan ramai gadis di Makkah waktu tu. Ditambah pula Mus’ab ni anak yang paling disayangi oleh ibunya berbanding adik-beradiknya yang lain. Apabila Mus’ab memilih jalan hidayah berbanding kehidupannya sebelum ini, ibu Mus’ab sangat frustrated; sampai ugut Mus’ab dengan bermogok lapar.
Berhari-hari ibu Mus’ab taknak makan, dan suruh Mus’ab kembali kepada agama nenek moyang mereka dengan menyembah berhala.
Tapi Mus’ab jawab pada ibunya, “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.” Dengan jawapan tersebut juga, Mus’ab dihalau daripada rumah ibunya dan berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api.
Subhanallah. Mus’ab benar-benar tidak mahu kembali lagi kepada jahiliyyah, selepas mengenalbestnya dan syumulnya Islam. Hatta sehingga harus meninggalkan kehidupan yang sangat menyenangkan dan penuh kemewahan. Pasti juga Mus’ab sayangkan ibunya kerana Allah, ibu yang telah melahirkan, membesarkannya. Oleh sebab cintanya Mus’ab kepada Allah, dan cinta terhadap Rasulullah beserta kebenaran risalah yang dibawa oleh baginda itu lebih besar daripada cintanya terhadap ibunya sendiri.. Maka dengan kemanisan iman yang dirasakan Mus’ab, dia tetap teguh mempertahankan keimanannya. MashaAllah.
Bestkan. This is what we are struggling to achieve inshaAllah.
Ibu ayah kita inshaAllah Muslim, kerana melalui mereka juga kita meraih keMusliman kita hari ini. Jadi kita harus fight dengan ‘cinta-cinta’ yang lainnya untuk menikmati manisnya iman tersebut.
Dan untuk ekspresi, “Biasa je, takdela manis mana pun?”
I really can’t describe to you how manis is manis, unless you taste it yourselves. Alhamdulillah, sangat manis. Berdoa-doa, semoga berterus-terusan diberi rasa manis itu; berkali-kali. Sampai mati.. Allahu Allah.
Orang yang benar-benar mencari agar munculnya cahaya itu dalam hati, akan merasai.
Orang yang bergelut dengan pahit, akan memaknai seteguk manis.
Orang yang sungguh-sungguh mahu merasai manis itu, akan menikmati.
Orang yang sering berjuang mendidik nafsu dengan senjata air mata dan doa-doa untuk menepis cinta yang selainNya, akan menghargai.
Semoga kita lah antara orang-orang itu.
“Dan orang-orang yang bermujahadah (bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami (Allah), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik” – [Al-Ankabut : 69]
Bukan satu jalan, bahkan ‘jalan-jalan’; yakni jalan-jalan kemudahan dan jalan-jalan kebaikan. Subhanallah.










